WILL TAEKWON-DO GROUP

The WILL TAEKWON-DO GROUP was founded by Master Eric in 2002 as one of the dominant group of Taekwon-Do in North Peninsular Malaysia, Malaysia. Since 2002, the school has been successfully introducing traditional Korean Tae Kwon do to the public throughout the northern region of Malaysia. The reputation and influence of our group went on nationally as well. The affiliation of the school ranges from states in Malaysia which shares the same tradition and technological study of Taekwon-Do.The purpose and goal of the group is to provide quality instruction in both the traditional & sport Korean Martial Art of Taekwon-Do and unique cultural interexchange of two cultures. We teach not only self-defense technique but also the essence of respect and self-confidence. It's beneficial for all ages men, women, and children.The Classes at WILL Taekwon-Do Academy/Centres/Branches are instructed by Master Eric and his qualified group of Instructors who possessed with the official qualifications, certifications and recognition, so to ensure the same standard & quality of teaching. Master Eric has been appointed as the Chief Instructor for Kulim/ Bandar Baharu District, the Chairman of Penang South-West Province Taekwon-Do Association (GTF), the certified examiner and qualified umpire. He is a well-known martial arts figure amongst martial arts communities in the region. He has over 26 years of experience in the art, has trained many black belts students and is now been recognised as the International Instructor. All the classes in the WILL Taekwon-Do Academy (Kulim Main Branch) are conducted by Master Eric himself. Master Eric welcomes you to visit the academy/school and try a payment free trail lesson. No previous martial art experience is required. You can learn and practice at your own pace with the guidance of Master Eric.

2010 WILL TAEKWON-DO CHAMPIONSHIP RULES

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN  (LATEST UPDATE ON 26.12.2010 AND WILL BE FINALISED ON 30.12.2010)

Peraturan Pertandingan

Am

1. Pertandingan ini diadakan berdasarkan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Taekwon-Do Semenanjung Utara Malaysia dan Jawatankuasa teknik Kejohanan Taekwon-Do WILL.

2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua ahli WILL Taekwon-Do dan Persatuan Taekwon-Do Semenanjung Utara Malaysia yang bertalipinggang putih hingga 1st. degree black belt sahaja. Sehubungan ini pihak akan buat pemeriksaan secara sembarangan (random checking) tentang pendaftaran peserta-peserta. Peserta-peserta yang tidak berdaftar dengan persatuan akan ditolak.

3. Umur peserta untuk memastikan kategori akan dikira pada 1hb. Desember, 2010. Peserta yang dilahirkan selepas 30hb. November, 2002 dikategori sebagai berumur bawah 8 tahun. Peserta yang dilahirkan selepas 30hb. November, 1997 dikategori sebagai berumur bawah 13 tahun. Peserta yang dilahirkan selepas 30hb. November, 1990 dikategori sebagai berumur bawah 20 tahun.

4. Peserta boleh mengambil bahagian dalam acara "free sparring", "pattern", "couple pattern", "team pattern", dan "special technique".

5. Peserta dari setiap pusat atau sekolah mesti diiringi oleh seorang pengurus pasukan masing-masing untuk keperluan peserta sehingga tamat pertandingan.


Yuran

6. Yuran pertandingan adalah seperti berikut:

- "free sparring" atau "pattern" perseorangan            = RM15.00 (setiap acara)
- "couple pattern" atau Pattern berpasangan             = RM10.00 (setiap peserta)
- "team pattern" atau  Pattern berpasukan                = RM40.00  (setiap pasukan) / RM8.00 (setiap peserta)
- "special technique"                                                = RM10.00 (setiap teknik dipertanding)



Pattern "Perseorangan"

7. Semua peserta yang bertanding dalam "pattern" perseorangan dikehendaki menunjukkan 1 "pattern" sahaja yang telah ditetapkan di 7c.

a. "Pattern Individu" dibahagikan kepada bawah 8 perempuan dan lelaki (PIPB8 dan PILB8), bawah 13 perempuan dan lelaki (PIPB13s dan PILB13s) / (PIPB13j dan PILB13j), bawah 20 perempuan dan lelaki (PILB20b) / (PIPB20s dan PILB20s) /(PIPB20i dan PILB20i) / (PIPB20j dan PILB20j), terbuka (PIPT dan PILT)


b. Peserta-peserta akan bertanding seperti berikut:-

Gred 10 - Saju-Jirugi atau Saju-Magi
Gred 09 - Saju-Magi atau Chon-Ji
Gred 08 - Chon-Ji atau Dan-Gun
Gred 07 - Dan-Gun atau Do-San
Gred 06 - Do-San atau Won-Hyo
Gred 05 - Won-Hyo atau Yul-Kok
Gred 04 - Yul-Kok atau Joong-Gun
Gred 03 - Joong-Gun atau Toi-Gye
Gred 02 - Toi-Gye atau Hwa-Rang
Gred 01 - Hwa-Rang atau Choong-Moo
Black Belt to Black Belt 1st Dan - Hwa-Rang/ Choong-Moo/ Kwang-Gae/ Po-Un/ Gaae-Baek

Pembahagian Pattern Individu (placing 1-2-3)

A. Individual Pattern (Perempuan)
7 emas 7 perak 7 gangsa
1) Bawah 08 - color belt
2) Bawah 13 - senior belt (gred 4 ~ junior black belt) / junior belt (gred 10 ~ gred 5)
3) Bawah 20 - senior belt (gred 3 ~ black belt 1st Dan) / intermediate belt (gred 6 ~gred 4) / junior belt (gred 10 ~ gred 7)
4) Terbuka


B. Individual Pattern (Lelaki)
8 emas 8 perak 8 gangsa
1) Bawah 8
2) Bawah 13 - senior belt (gred 4 ~ junior black belt) / junior belt (gred10 ~ gred5)
3) Bawah 20 - black belt (black belt ~ black belt 1st Dan) / senior belt (gred 3 ~ gred 1) / intermediate (gred 6 ~ gred 4) / junior belt (gred 10 ~ gred 7)
4) Terbuka


Pattern "Couple"

8. Setiap pasukan terdiri dari 2 peserta. Semua peserta yang bertanding dalam "pattern" pasangan dikehendaki menunjukkan 1 "pattern" sahaja yang telah ditetapkan di 7c.

a. "Pattern Pasangan" dibahagikan kepada bawah 13 (PCB13), bawah 20 (PCB20) dan terbuka (PCT)

b. Dalam acara pattern pasangan, sesuatu pasukan color belt adalah bebas mempersembahkan mana-mana pattern color belt yang dipilih bersama dengan teman pasukan samanya, dan pasukan black belt atau pasukan yang mempunyai peserta black belt boleh mempersembahkan mana-mana pattern dari gred10 hingga black belt 1st Dan. Pattern yang akan bertanding merujukkan kepada 7c dimana peserta-peserta sesuatu pasukan yang menentukannya. Kesemua peserta hendaklah dalam kategori umur yang sama, iaitu samada kategori umur bawah 13, 13 dan keatas atau terbuka.

c. Peserta yang berusia lebih muda dibenarkan menyertai pasangannya yang bertanding di kategori yang lebih senior.

d. Setiap peserta dibenarkan menyertai 1 acara pattern pasangan sahaja.


Pembahagian Pattern Pasangan (placing 1-2-3-3)

C. Pattern Couple
6 Gold 6 Silver 12 Bronze
1) Bawah 13
2) Bawah 20
3) Terbuka


Pattern "Berpasukan"

9. Setiap pasukan akan mengandungi 5 peserta. Semua peserta yang bertanding dalam "pattern" berpasukan dikehendaki menunjukkan 1 "pattern" sahaja yang telah ditetapkan di 7c.


a. "Pattern Berpasukan" dibahagikan kepada bawah 13 tahun (PPB13), bawah 20 (PPB20) dan terbuka (PPT).

b. Dalam acara pattern berpasukan, sesuatu pasukan color belt adalah bebas mempersembahkan mana-mana pattern color belt yang dipilih bersama dengan teman pasukan samanya, dan pasukan black belt atau pasukan yang mempunyai peserta black belt boleh mempersembahkan mana-mana pattern dari gred10 hingga black belt 1st Dan. Pattern yang akan bertanding merujukkan kepada 7c dimana peserta-peserta sesuatu pasukan yang menentukannya. Kesemua peserta hendaklah dalam kategori umur yang sama, iaitu samada kategori umur bawah 13, 13 dan keatas atau terbuka.

c. Peserta yang berusia lebih muda dibenarkan menyertai pasukan yang bertanding di kategori yang lebih senior. Pertandingan Pattern Pasukan yang terdiri dari samada 5 peserta lelaki /5 peserta perempuan / 5 peserta campuran akan turut bertanding dalam kategori acara yang sama.

f. Setiap peserta dibenarkan menyertai 1 acara pattern berpasukan sahaja.


Pembahagian Pattern Berpasukan (placing 1-2-3-3)

D. Team Pattern

15 Gold 15 Silver 30 Bronze
1) Bawah 13
2) Bawah 20
3) Terbuka


Penilaian "Pattern"

10.Peserta dalam pertandingan "pattern" akan dinilai dari segi teknik, kuasa, imbangan, kawalan penafasan dan irama.


"Free Sparring"

11.Acara "free sparring" dibuka kepada semua peserta Gred 9 dan keatas dan akan dikelaskan seperti berikut:-

a. "Free Sparring" dibahagikan kepada bawah 13(FPB13SA, FPB13SB, FPB13JA, FPB13JB dan FLB13SA, FLB13SB, FLB13JA, FLB13JB), bawah 20(FLB20BA, FPB20SA, FPB20SB, FPB20JA, FPB20JB dan FLB20SA, FLB20SB, FLB20JA, FLB20JB), terbuka (FPT dan FLT).


b. Pembahagian kategori senior belt dan junior belt adalah seperti berikut:-

black belt - Black Belt ke Black Belt 1st Degree
senior belt - dari Gred 4 ke Black Belt (lelaki bawah 16 black belt/black belt 1st Dan atau perempuan Black Belt 1st Dan)
junior belt - dari Gred 9 ke Gred 5
color belt - semua warna talipinggang kecuali talipinggang warna hitam

Pembahagian Free Sparring (placing 1-2-3)

E. Individual Free Sparring (Ladies)

9 Gold 9 Silver 9 Bronze
1) Under 13
– i) Senior Belt (gred 4 ~ black belt 1st Dan) - Class A, B
– ii)Junior Belt (gred 9 ~ gred 5) - Class A, B
2 Under 20
– i) Senior Belt (gred 4 ~ black belt 1st Dan) - Class A, B
– ii)Junior Belt (gred 9 ~ gred 5) - Class A, B
3) Open


F. Individual Free Sparring (Men)
10 Gold 10 Silver 10 Bronze
1) Under 13
– i) Senior Belt (gred 4 ~ black belt) - Class A, B
– ii)Junior Belt (gred 9 ~ gred 5) - Class A, B
2) Under 20
– Black Belt (black belt ~ black belt 1st Dan) - Class A
– Senior Belt (gred 4 ~ black belt 1st Dan) - Class A, B
– Junior Belt (gred 9 ~ gred 5) - Class A, B
3) Open


Pembahagian Kelas Free Sparring

12.Pembahagian kelas peserta adalah berdasarkan umur and kematangan dalam Taekwon-Do. Pembahagian akan dilakukan oleh Jawatankuasa Teknik dan Jurulatih-Jurulatih. Keputusan muktamad akan dibuat oleh para juri.

Sistem Sparring

13.Sistem "sparring" MGTF dipatuhi dengan beberapa perubahan. Setiap teknik mesti dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan mata. Umpamanya peserta mesti "menyentuh pihak lawan untuk mendapatkan mata. Jika penyentuhan tersebut menyebabkan "kesakitan", maka satu mata akan ditolak." Tiada mata akan diberikan jika serangan tersebut dihalang oleh pihak lawan.


Amaran

14.Amaran akan diberi kepada peserta yang menggunakan tendangan dan tumbukan kuat (hard kicks and punches), walaupun tidak terkena pada pihak lawan. Satu amaran akan menyebabkan 1/2 mata ditolak.


Sistem Skor

15.Sistem skor adalah seperti berikut:-

Kawasan Serangan

Bahagian tengah (Tali pinggang ke leher)
Jenis Serangan dan Mata

Sentuh dengan tumbukan      - 1 mata
Sentuh dengan tendangan     - 1 mata
Sentuh dengan jumping kick - 2 mata


Kawasan Serangan


Bahagian atas (atas Bahu)

Jenis Serangan dan Mata

Sentuh dengan tumbukan      - 1 mata (hanya untuk Black Belt)
Sentuh dengan tendangan     - 2 mata
Sentuh dengan jumping kick - 3 mata


Penolakan Mata "free sparring"

Mata akan ditolak jika berlakunya "heavy contact".


Larangan "free sparring"

Serangan tangan ke atas muka lawan adalah dilarang kecuali dalam kategori Black Belt. Mata akan ditolak walaupun berlakunya sentuhan ringan. "Heavy contact" akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.


Pembatalan Kelayakan "free sparring"

Dalam keadaan apabila dua peserta menunjukkan teknik yang lemah dan enggan untuk melakukan "sparring", kedua-duanya akan dibatalkan. Peraturan ini juga kuatkuasa pada pertandingan akhir dan hadiah-hadiah akan disampaikan kepada peserta lain.



"Special Techniques"


16.Acara "Special Techniques" dibuka kepada semua peserta dan akan dipertandingkan dalam satu kategori sahaja.

Cabaran "special techniques"

17.Peserta-peserta akan memulakan cabaran bagi setiap "special techniques" seperti berikut:-

a)  Jumping High Front Kick - bermula dari ketinggian 7 kaki

b) Jumping High Turning Kick - bermula dari ketinggian 6 kaki

c) Jumping High Reverse Hooking Kick - bermula dari ketinggian 5 kaki

18.Setiap peserta diizinkan untuk melakukan 2 kali tendangan percubaan(attempt) untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Peserta perlu kena tepat pada sasaran dengan menggunakan teknik yang betul untuk memajukan diri ke pusingan seterus. Segala keputusan pengadil dan juri adalah muktamad.


Pembahagian Special Techniques

G. Special Technique

3 Gold 3 Silver 3 Bronze
1) Jumping High Front Kick
2) Jumping High Turning Kick
3) Jumping High Reverse Hooking Kick


Bantahan

19.Bantahan boleh dilakukan kepada Juri melalui pengurus pasukan masing-masing secara bertulis dan sertakan wang cagaran sebanyak RM200.00


Pembatalan Kelayakan

20. Peserta yang tidak melaporkan diri di gelanggang selepas 3 kali pemanggilan nombor peserta, akan diumumkan pembatalan kelayakannya untuk terus bertanding dalam acara tersebut.

21. Semua acara perlu menerima sekurang-kurangnya dua penyertaan untuk membolehkan acara tersebut dilaksanakan. Yuran penyertaan akan kemudian dipulangkan kepada penyertaan tunggal tersebut.

Juri

22.Keputusan juri adalah muktamad.

23.Barisan Juri terdiri daripada Ketua Penasihat Teknikal/ Eksekutif Penasihat Teknikal atau wakilnya dan dua orang Black Belt yang dilantik olehnya.

24.Langkah keselamatan akan diambil keatas semua peserta dalam pertandingan ini. Pihak penganjur, jurulatih-jurulatih, WILL Taekwon-Do dan persatuan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan semasa pertandingan ini dijalankan.


Uniform

25.Semua peserta mesti memakai uniform dengan Identiti WILL Taekwon-Do dan logo persatuan. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan peserta yang tidak berbuat demikian.


Larangan

26.Peserta-peserta hendaklah bertanding dalam peringkat masing-masing sahaja dan tidak dibenarkan menukar tali pinggang untuk bertanding pada bila-bila masa. Peserta-peserta juga dibenarkan mewakili satu kategori sahaja, samaada dalam free sparring, pattern individu, pattern pasangan, pattern berpasuka atau special techniques.


Sijil Penyertaan

27.Sijil penyertaan akan di anugerahkan kepada mereka yang berjaya menyertai pertandingan.


Tukar Milik

28.Semua yuran penyertaan yang diterima tidak akan dipulangkan dan tidak boleh ditukar milik.


Tarikh Tutup Penerimaan Borang Penyertaan

29.Semua borang penyertaan rasmi hendaklah disampaikan ke setiausaha kejohanan pada atau sebelum jam 2.00petang, 18hb Disember 2010 (Sabtu). Penganjur kejohanan berhak menolak segala pemohonan penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut.

Jawatankuasa Teknik
Kejohanan Taekwon-Do WILL